Sosial dan hak asasi manusia Isu berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia

Awal pandemik

Pada awal pandemik, satu petisyen di Malaysia yang meminta larangan pendatang dari China diterbitkan, yang mendakwa bahawa "virus baharu itu tersebar luas di seluruh dunia oleh kerana gaya hidup mereka yang tidak bersih".[63] Petisyen itu dilaporkan ditandatangani lebih daripada 250,000 orang dalam masa seminggu.[64] Masalah Islamofobia juga berlaku berkaitan kluster tabligh di Sri Petaling pada Mac 2020 tatkala pengguna media sosial menghina kumpulan tersebut yang membawa kepada lonjakan mendadak dalam jumlah kes di Malaysia.[65]

Layanan terhadap pendatang asing

Pandemik COVID-19 juga menyaksikan peningkatan sentimen kebencian kepada pelarian Rohingya di Malaysia. Sebuah laporan Reuters mendapati bahawa sentimen ini bermula pada April 2020 menerusi tuduhan dan fitnah besar-besaran, terutamanya di Facebook bahawa pelarian Rohingya bertanggungjawab dalam menyebarkan virus COVID-19 di Malaysia.[66] Pihak Reuters dalam laporan itu juga menemui puluhan laman Facebook anti-Rohingya yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan-tuduhan sebegitu.[66]

Kontroversi dokumentari Al Jazeera

Video luar
Locked Up in Malaysia’s Lockdown di YouTube

Locked Up in Malaysia's Lockdown merupakan sebuah dokumentari oleh agensi berita antarabangsa Al Jazeera yang mengkritik layanan pihak berkuasa Malaysia terhadap golongan banduan, terutamanya pendatang asing ketika pelaksanaan PKP. Pihak kerajaan Malaysia menolak dakwaan dalam video tersebut,[67] dan mengesahkan bahawa dokumentari itu adalah rakaman haram di sisi undang-undang.[68] Susulan itu, pihak-pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pihak yang terlibat dalam dokumentari itu. Seorang imigran Bangladesh yang dijadikan perhatian dalam dokumentari itu juga diusir ke negara asalnya oleh pihak kerajaan.[69] Dengan itu, beberapa organisasi sivil menyeru kerajaan Malaysia agar tidak menghalang hak-hak kewartananan serta menyeru agar hak golongan imigran dibela.[70]

Rujukan

WikiPedia: Isu berkaitan pandemik COVID-19 di Malaysia http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_2... http://enotifikasi.moh.gov.my/DMS/Documentation/CD... https://www.abc.net.au/news/2021-01-14/malaysia-co... https://coconuts.co/kl/news/fck-politics-banner-in... https://coconuts.co/kl/news/politicianspuncavirus-... https://www.asiasentinel.com/p/malaysia-fades-in-c... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kitamin... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemuda-...